Antarabangsa Olahraga Semasa

Rossi tekad perbaiki prestasi

IMG_20200815_163515
VALENTINO Rossi bertekad untuk memperbaiki penampilannya pada hari kedua MotoGP Austria 2020.

Valentino Rossi tidak cukup pantas pada hari pertama perlumbaan MotoGP Austria 2020 di Litar Red Bull Ring, semalam.

The Doctor hanya berada pada kedudukan ke-13 latihan bebas pertama dengan catatan masa terpantas 1 minit 24.879 saat.

Sementara, pada sesi kedua, Rossi memperbaiki kedudukan dan menempatkan di peringkat ke-9, tetapi dia tidak berjaya mencatat pusingan terpantas.

“Litar ini sangat berbeza, secara khusus memerlukan kawalan yang bagus, jadi anda perlu mengubah struktur motor untuk menyokong aspek tersebut,” ujar Rossi kepada Yamaha MotoGP.

Rossi melihat kesemua pelumba tampil pantas pada MotoGP Austria.

Rossi sebenarnya berusaha memperbaiki catatan masa. Akan tetapi, keadaan litar yang kering pada FP2 menghalang kesempatannya untuk melakukan ujian terbaik.

“Kami harus melakukan kemajuan terutama di sektor 3, kami merancang mencuba sesuatu yang berbeza pada sesi pagi (FP2),” kata Rossi lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: