Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Aguero kena sisih jumpa Lyon

IMG_20200815_164654

 

SERGIO Sergio Aguero akan terlepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Lyon kerana kecederaan, kata bos Manchester City, Pep Guardiola.

Penyerang Argentina itu menjalani pembedahan lututnya di Barcelona pada bulan Jun lepas, tetapi belum dapat dipastikan sama ada boleh bermain semula atau sebaliknya.

Aguero, 32, juga belum bergabung dengan rakan sepasukannya di Lisbon untuk lapan perlawanan terakhir menentang pasukan Perancis, Lyon.

“Dia masih di Barcelona menjalani fasa pemulihan,” kata Guardiola dipetik BBC.

Lelaki asal Sepanyol itu mendedahkan tidak tahu adakah Aguero cergas untuk pertandingan awal pagi esok.

Jika The Citizens menang, mereka akan berdepan Bayern Munich di fasa empat terakhir.

“Apa sahaja boleh berlaku, ini adalah aksi kalah mati. Tetapi kami bersedia.

“Tekanan begitu memuncak, tapi ia juga akan turut berlaku kepada lain pasukan,” ujarnya lagi.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: