Antarabangsa Bola Sepak

Mimpi indah City berakhir

Screenshot_20200816_054101
CITA-CITA besar Manchester City dalam mengejar kejuaraan kempen Liga Juara-Juara musnah apabila jaringan berganda Moussa Dembele lewat babak kedua menghantar Lyon ke peringkat separuh akhir.

Lyon, menamatkan saingan Ligue 1 pada tangga ke-7 akan berhadapan Bayern Munich awal pagi Khamis ini.

Mendahului 1-0 menerusi gol Maxwel Cornet, namun Kevin de Bruyne bangkit menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, Dembele menukar skor di papan markah dengan gol kedua Lyon sebelum disusuli jaringan ketiga bagi memastikan kemenangan hasil kesilapan Ederson.

Raheem Sterling terlepas peluang keemasan untuk mengheret permainan masa tambahan, tepat sebelum detik jaringan kedua Dembele, namun sepakannya sekadar melewati palang ketika dia menyambar bola dari jarak enam ela.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: