MOUSSA Dembele menyifatkan kejayaan Lyon melakar kejutan ke atas Manchester City dalam Liga Juara-Juara menunjukkan skuad dari Perancis itu sebagai pasukan terbaik, mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.
Bintang Les Blues itu menjaringkan dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian untuk 15 minit terakhir di Lisbon, muncul wira untuk mengecewakan Pep Guardiola bagi membuat temujanji bertemu pasukan pilihan, Bayern Munich dalam mengintai laluan ke pentas final.
“Ia salah perlawanan sukar menentang sebuah pasukan yang besar.
“Apabila anda berada di bangku simpanan, tidak semestinya mudah tetapi anda harus terus bersemangat dan memastikan bahawa semasa jurulatih membawa anda masuk, anda perlu memainkan peranan.
“Memang ada sedikit kesedihan bagi pemain ketika anda tidak memulakan pertandingan dari awal.
“Teapi perlawanan itu panjang dan selagi pengadil tidak meniup wisel terakhir, selalu ada kemungkinan,” beritahu Dembele kepada RMC Sport.
Perlawanan awal pagi tadi adalah yang ketiga dalam tempoh lima bulan untuk Lyon yang menduduki tempat ketujuh di Ligue 1 setelah saingan musim ini ditamatkan lebih awal berikutan wabak coronavirus.
“Selepas berehat, pasukan kembali dan berjanji untuk mencuba dan memberikan segalanya setiap kali kami berada di padang.
“Kami masih di sini dan itu bermakna kami adalah pasukan yang hebat,” kata Dembele.
Add Comment