Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Badi kelompok 16 terbaik hantui City

De Bruyne gagal memimpin pasukannya melangkah ke pentas separuh akhir selepas kecundang 1-3 di tangan Lyon, awal pagi tadi.

“TAHUN yang berbeza tetapi keputusan tetap sama, itulah kata-kata kekecewaan yang keluar dari mulut ketua pasukan Manchester City, Kevin de Brune selepas kecundang 1-3 di tangan Lyon pada saingan suku akhir Liga Juara- Juara awal pagi tadi.

Episod yang dilalui City kali ini sama dirasai mereka tiga musim lalu apabila turut kecundang di kelompok 16 terbaik kepada Monaco,  Liverpool serta Tottenham dan semua ini berlaku di bawah bimbingan Pep Guardiola .

Bagi De Bruyne, mereka bermula dengan baik bangkit menyamakan kedudukan walaupun ketinggalan malah memberikan tekanan kepada lawan.

“Separuh masa pertama tidak cukup baik. Pada babak kedua kami bermain dengan baik dan membuat mereka berada dalam tekanan.

” Kami perlu belajar , ini tahun yang berbeza, perkara yang sama,” tegasnya pada BBC Sports.

City, yang menduduki tempat kedua di Liga Perdana, mengakhiri musim dengan Piala EFL sebagai satu-satunya piala utama mereka.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: