Antarabangsa Bola Sepak

Skuad United mantap, Sevilla siap siaga

Screenshot_20200816_164014
BOS Sevilla, Julen Lopetegui mengatakan Manchester United kembali dalam landasan yang betul setelah bertahun-tahun mengalami ‘kacau-bilau’ berikutan Sir Alex Ferguson yang keluar meninggalkan kelab.

United akan bertembung Sevilla dalam laluan ke final, dengan Lopetegui mengakui Ole Gunnar Solskjaer akhirnya berjaya membawa The Reds ke landasan sepatutnya.

“Saya fikir United kini adalah yang terbaik berbanding pada tahun sebelumnya.

“Mereka telah menemui semula rentak bola sepak. Mereka belum kalah sejak Januari di Liga Perdana Inggeris, liga yang kompetitif, dan mereka berada di tempat yang tepat.

“Mereka adalah pasukan dihormati dan
akan memaksa kami untuk bermain permainan yang hebat jika kami dapat bersaing dengan mereka,” kata Lopetegui pada sidang media pra perlawanan yang dilaporkan The Mirror.

United, perlukan masa tambahan bagi menewaskan Copenhagen 1-0 pada peringkat ke suku akhir mempunyai kelebihan rehat satu hari untuk bersiap sedia berbanding Rojiblancos, yang mengalahkan Wolves 1-0 untuk menghadapi pasukan kendalian Solskjaer.

Tetapi, Lopetegui mengatakan tempoh rehat tambahan dinikmati United tidak menjadi kerugian besar bagi pasukannya, yang menduduki tempat keempat di La Liga dan tidak dikalahkan dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan.

“Mereka bermain satu hari sebelum kami dan berehat satu hari lagi.

“Namun, setiap kali kami mengalami kesukaran yang di luar kawalan, kami dapat menyesuaikan diri dengannya,” terangnya lagi.

Sevilla, juara lima kali edisi akan berhadapan The Red Devils pada pertemuan gelanggang berkecuali di RheinEnergieStadion, awal pagi esok.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: