Antarabangsa Bola Sepak

Sevilla ke final, singkir Manchester 2-1


IMG_20200817_065616

SEVILLA merosakkan harapan Manchester United untuk mengakhiri musim ini dengan meraih piala ketika kelab England itu mara ke separuh akhir Liga Europa yang sukar di Cologne.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer kehilangan separuh akhir buat kali ketiga musim ini walaupun mendahului hasil gol penalti Bruno Fernandes ke-9 musim ini setelah Marcus Rashford diasak oleh Diego Carlos.

Sevilla, pakar kejohanan Liga Europa, berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol dari bekas pemain Liverpool, Suso.

Nasib United seakan tidak menjadi ketika mereka melepaskan peluang berturut-turut pada separuh masa kedua apabila penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou muncul sebagai wira, menafikan peluang Anthony Martial beberapa kali.

Dan Sevilla, yang mengalahkan Wolves di suku akhir, berjaya mendapat tempat di final apabila Luuk de Jong menyapu umpanan silang dari Jesus Navas dengan permainan berbaki 12 minit, menghukum benteng pertahanan United yang beraksi buruk.

Los Nervionenses kini sedang menanti pemenang antara Inter Milan atau Shakhtar Donetsk yang akan turun beraksi awal pagi esok.


2 Comments

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d