MANUEL Neuer mengakui amat kasihan melihat Marc-Andre ter Stegen boleh bolos lapan gol ketika perlawanan Barcelona dan Bayern Munich
Pertandingan suku akhir Liga Juara-Juara itu berakhir mimpi ngeri buat Barca dan ia juga menyakitkan bagi Ter Stegen.
Apa tidaknya, Ter Stegen memungut bola dari gawangnya sebanyak lapan kali ! Sebab, Barcelona kalah 2-8 kepada Bayern Munich pada pertemuan yang dilangsungkan di Stadium Da Luz, Lisbon, Portugal.
Lapan gol Bayern yang menerjah ke gawang Ter Stegen masing-masing dihasilkan oleh Thomas Mueller (2 gol), Philippe Coutinho (2), Ivan Perisic, Serge Gnabry, Joshua Kimmich, serta Robert Lewandowski.
Bagaimanapun, Barcelona sempat membalas dua gol termasuk jaringan sendiri David Alaba dan sepakan Luis Suarez.
Selepas pertandingan, Neuer bersimpati kepada Ter Stegen yang merupakan rakan sepasukannya di pasukan kebangsaan Jerman.
Menurut Neuer, bolos lapan gol dalam satu pertandingan pasti tidak boleh dilupakan bagi seorang penjaga gawang.
“Saya berasa sedikit kasihan pada Marc. Saya tahu bahawa ini tidak mudah bagi seorang penjaga gawang,” kata Neuer dipetik dari Daily Mail.
Sebelum ini, Ter Stegen dikatakan ada memberitau Neuer yang dia kecewa kerana belum lagi ada rezeki muncul penjaga gawang nombor satu Jerman.
Namun, Neuer yang hingga kini masih menjadi pilihan utama Jerman mengakui memahami apa yang dirasakan juniornya itu.
“Kami adalah satu pasukan dan harus bersatu, begitu juga dengan para penjaga gol. Kami harus tetap bersatu,” ujar Neuer.
Di separuh akhir nanti, Bayern akan menghadapi pemenang antara Manchester City atau Olympique Lyon.
Add Comment