Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Amaran keras Bayern !

Screenshot_20200815_055410
BAYERN Munich mengirimkan pesanan keras dan tidak menyenangkan kepada pesaing Liga Juara-Juara mereka selepas membelasah kelab Sepanyol, Barcelona 8-2 pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon sebentar tadi.

Juara Jerman yang bermain dalam bertekanan tinggi, bertenaga dan kejam berada di tahap yang cukup berbeza dengan Barcelona yang kelihatan longlai serta tidak bermaya.

Meledak empat gol pada babak pertama, ditambah lagi gol pada 45 minit berikutnya dan dengan mudah merobek jaring lawan tidak mencerminkan kekuatan sebenar Blaugrana, malah kelab La Liga itu juga diaibkan satu lagi catatan rekod memalukan di pertandingan elit Eropah.

Die Rotan sejauh ini adalah pasukan paling mantap yang masih bermain dalam pertandingan ini, setelah memenangi Piala Eropah / Liga Juara-Juara sebanyak lima kali, terbaru adalah pada tahun 2013, dan tampak selesa mengharungi kejohanan musim ini.

Mereka akan mencari lawan di separuh akhir pada hari Khamis ini, ketika pencabar terakhir dari England, Manchester City akan menentang pasukan Perancis, Lyon.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: