ATLET petanque negara Syed Akmal Fikri Syed Ali dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2019
Kedua-dua pemenang membawa pulang sijil, trofi serta hadiah wang tunai RM1,500 yang disampaikan Naib Canselor UiTM Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim pada majlis anugerah itu, malam tadi
Syed Akmal Fikri, 23, bersama skuad petanque lelaki negara beraksi cemerlang apabila memenangi pingat emas dalam acara triples lelaki di kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina pada Disember tahun lepas.
Nur Ain Nabilah, 22, juga mencipta kemenangan di Sukan SEA apabila menyumbang emas dalam acara boling padang.
Add Comment