Bola Sepak Semasa Terkini

KAFA masih buka pintu

9DDE84A6-6E7A-4D1B-8989-D7F3A41D2892

Pintu masih terbuka kepada mana-mana individu atau syarikat untuk mengadakan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membeli pasukan bola sepak Kelantan.

Ia sekali gus menyaksikan masih ada peluang buat pembeli lain untuk ‘membida’ walaupun sebelum ini badan induk bola sepak Kelantan itu telah mengadakan perbincangan bersama pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, individu atau syarikat yang berminat boleh berhubung secara terus dengan pihaknya bagi berbincang mengenai perkara itu.

“Di pihak KAFA, kita seboleh-bolehnya tidak mahu pihak yang berminat (membeli pasukan Kelantan) ini hanya bercakap di luar (saluran media) sahaja.

“Kalau betul-betul berminat, datang jumpa KAFA. Kita boleh mengatur pertemuan untuk mengadakan perbincangan jika berminat nak beli pasukan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Jersi Baharu The Red Warriors (TRW) di Kota Bharu, hari ini.

Pengenalan jersi baharu itu yang akan diguna skuad TRW bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini dilakukan menerusi kerjasama KAFA dengan syarikat Stechmad Sdn Bhd selepas penaja bersama, PUC Sport Sdn Bhd menarik diri, 5 Ogos lalu.

Turut hadir pada majlis itu Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Husain, Timbalan Presiden yang masih berehat, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengarah Urusan Stechmad Sdn Bhd, Ros Faizan Mohamad.

Sementara itu mengulas lanjut rundingan dengan Norizam atau dikenali Zamsaham baru-baru ini, beliau memaklumkan kedua-dua pihak masih di peringkat permulaan.

Menurutnya lagi, KAFA baru membalas dua surat tunjuk hasrat (LoI) yang dihantar usahawan burger dan rangkaian perhotelan itu, pada 10 dan 12 Ogos berhubung minat beliau untuk membeli pasukan.

“Buat masa ini, kita dan beliau sedang meneliti syarat yang telah dikemukakan agar kedua-dua pihak mencapai kata sepakat sebelum kita boleh memasuki fasa rundingan berikutnya.

“Selain beliau, ada satu syarikat berpangkalan di India turut menyatakan minat sama (membeli pasukan) tetapi terpaksa melupakan hasrat akibat penularan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Husin memberitahu, KAFA akan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pengurusan TRW berjumlah RM370,000 untuk tempoh sebulan dan pembayaran itu dijangka dibuat selewat-lewatnya, 22 Ogos ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: