DUA pemain bola sepak terhebat dunia bagi musim ini akan bertembung sesama sendiri bagi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.
Pertembungan yang dimaksudkan adalah melibatkan gergasi Bundesliga, Bayern Munich dan jaguh dari Sepanyol, Barcelona.
Perang psikologi mula dilancarkan oleh jurulatih Barcelona, Quique Setien yang akui kehebatan Robert Lewandowski namun katanya pemain asal Poland itu bukanlah Lionel Messi !
Lewandowski merupakan penjaring sensasi terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dan sedang menikmati saat terbaik untuk Die Rotan apabila telah menghasilkan 53 gol daripada 44 penampilan dalam semua pertandingan.
Sementara itu, pemenang Ballon D’Or enam kali, Messi juga tidak kurang hebatnya sebagai pemain individu dengan menyumbat 31 gol dan 26 umpanan daripada 43 penampilan, sekalipun Barca gagal meraih gelaran La Liga setelah dipancung Real Madrid.
“Lewandowski adalah bintang bola sepak yang hebat, namun dia tidak berdiri sebaris Leo. Itu jelas.
“Sekarang dia berada dalam prestasi yang luar biasa. Dia mengemaskini 13 gol di Liga Juara-Juara dan sangat dibantu oleh rakan sepasukannya, namun kita sudah melihat Leo di pada hari lain ketika melawan Napoli.
“Ini cukup menyenangkan dan kita menikmati (permainan) daripada para pemain ini,” kata Setien pada sidang media pra perlawanan.
Setien juga menekankan bahawa jika mereka ingin layak ke separuh akhir, semua pemain harus tampil maksima yang mungkin.
“Dia (Messi) boleh membantu memenangi pertandingan, saya selalu yakin kepada kekuatan pasukan ini.
“Dia mampu menghasilkan gol untuk dirinya sendiri, namun tanpa dari sokongan, jumlah golnya akan lebih sedikit,” ujarnya lagi.
Cuma, yang menjadi kegusaran Setien adalah Bayern hadir pakej mantap dan merupakan passukan penuh lengkap serta miliki ramai pemain handal.
“Namun kami juga punyai kemampuan untuk menyerapkan tekanan dan menguasai bola, dan mereka tahu jika kami boleh mengatasi tekanan itu, kami akan menghadirkan banyak masalah untuk mereka.
“Ini bergantung kepada kami untuk bertahan dan menyerang. Tidak akan ada pasukan yang mampu dominan dan tiada yang mampu memenangi pertandingan yang mereka boleh memaksimakan setiap peluang yang dimiliki,” katanya.
Add Comment