Antarabangsa Permotoran

Bos Yamaha dedah kejayaan Rossi


FB_IMG_1596499878486

VALENTINO Rossi berjaya menaiki podium di perlumbaan GP Andalusia selepas melakukan perubahan pada jenteranya.

Kali ini, The Doctor lebih tenang berbanding ketika mengalami masalah motor di Litar Jerez, minggu lepas.

Rossi menamatkan kedudukan ketiga di belakang rakan sepasukan, Maverick Vinales dan penunggang Yamaha, Fabio Quartararo. Ini adalah kali pertama Rossi naik podium sejak GP Amerika pada MotoGP 2019

Bos Yamaha, Lin Jarvis memberitahu bahawa kunci kejayaan Rossi naik podium di GP Andalusia kerana penunggang berusia 41 tahun ini dan krunya tiada sebarang tekanan mengendalikan litar Andalusia.

“Itu membuatkan mereka berani melakukan perubahan pada setting motor Rossi selepas gagal di GP Sepanyol.

“Vale sangat kecewa setelah gagal pada perlumbaan pertama. Kami memutuskan untuk mengubah sesuatu, dia memang ingin melakukannya.

“Namun, kadang-kadang untuk mengubah fikiran pasukan teknikal asal Jepun tidak semudah itu. Kerana kita memiliki banyak data dan informasi (untuk set-up motor) dan ketika penunggang Yamaha lain boleh memecut, mengapa kita membuat perubahan,” kata Jarvis kepada BT Sport.

Tambah Jarvis lagi, mereka mempunyai pelumba lain yang lebih cepat – bukan hanya Fabio (Quartararo) dan Maverick (Vinales), tetapi juga Frankie (Morbidelli) – dan sebagian besar penunggang Yamaha memiliki set-up motor yang hampir serupa

“Namun, Vale berkerja keras untuk mengatasi masalah itu supaya boleh berlumba lebih selesa. Dia melakukan kerja keras untuk perkara tersebut selama satu setengah musim terakhir,” jelas bos Yamaha ini lagi.


Tags

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d