Bola Sepak Semasa

Maloney perlu ada perancangan

PENGENDALI skuad bawah 19 tahun negara (B-19) Brad Maloney perlu merangka perancangan baharu sekiranya penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak dapat menyertai pasukan negara ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19, 2020  di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober nanti.

Langkah ini perlu difikirkan Maloney seandainya pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dapat bersama pasukan jika kelab bola sepak profesional Belgium, KV Kortjik memanggil beliau untuk menyertai pasukan berkenaan.

“Meskipun beliau mempunyai komitmen bersama kelab di Belgium, beliau masih boleh mengikuti latihan memandangkan Selangor II tidak menggunakan khidmatnya buat masa ini.

“Saya berharap untuk meningkatkan tahap kecergasan semua pemain memandangkan ada dalam kalangan mereka muka baharu dipanggil menyertai fasa kedua tidak cergas sepenuhnya,” katanya .

Pada Fasa kedua ini seramai 25 pemain melapor diri bagi mengikuti latihan pusat Fasa 2, kecuali lima pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang diberikan pengecualian untuk menyelesaikan urusan pendaftaran persekolahan mereka.

Mereka adalah Muhammad Faiz Amer Runnizar, Mohammad Marwan Abdul Rahman, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri and Ziad Al Basheer Norhisham.

Pada masa sama, Maloney tidak menolak kemungkinan mengadakan dua atau tiga perlawanan pemanas badan menentang beberapa kelab tempatan untuk melihat prestasi anak buahnya sebelum beraksi di Uzbekistan.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: