
PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin enggan mengambil mudah dan memikirkan tanggapan peminat mengenai peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian Brad Maloney berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan.
Jelas, pemain kelahiran Kota Bharu Kelantan ini, sebagai pemain pastinya komitmen seratus peratus akan diberikan pada seisi latihan dan selebihnya bergantung kepada jurulatih.
“Itu apa yang orang kata, saya enggan ambil mudah sebagai pemain kita kena berusaha,” ujarnya yang ditemui media pada seisi latihan hari pertama Fasa 2 skuad B19 di Padang PKNS, Kelana Jaya, petang tadi sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.
Mengulas gandingannya dengan Wan Kuzri Wan Kamal dalam pasukan, Luqman mengakui teruja untuk beraksi dengan rakan sepasukannya itu dan percaya kehadirannya mampu memberikan impak buat pasukan.
“Syukur dipanggil menyertai latihan dengan pasukan, pertama kali teruja dan ia peluang buat saya untuk mencari keserasian lebih awal. Saya hanya menyaksikan kelibatnya melalui YouTube, kehadirannya saya lihat dia mampu membantu pasukan,” tegasnya.
Add Comment