Hoki Semasa

Kelantan bakal miliki padang hoki bertaraf antarabangsa

IMPIAN peminat sukan hoki di Negeri Kelantan untuk memiliki padang hoki bertaraf antarabangsa akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Dato’ Sri Subahan Kamal telah dimaklumkan tentang berita gembira tersebut pada satu sesi lawatannya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang itu hari ini.

Pertemuan di antara Dato’ Sri Subahan Kamal bersama Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB. Haji Wan Roslan Wan Hamat turut di sertai oleh Presiden Persatuan Hoki Kelantan (PHK), En. Mohammad Azam Ismail, Timbalan Presiden PHK, Haji Ghazali Hamat, Setiausaha Kehormat PHK yang juga merupakan Naib Presiden KHM, En. Hasnizam Hassan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, En. Muhammed Imran Mansoor, serta Bendahari PHK, Tn. Haji Aziz Jaafar, Naib-Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PHK telah berlangsung di Pejabat Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Kota Darulnaim, Kelantan.

Pertemuan dan perbincangan yang berlangsung itu bertujuan untuk mendapatkan perkembangan susulan mengenai usaha KHM bagi membina padang hoki di Negeri Kelantan.

Hasil kerja keras KHM bersama PHK, Dato’ Sri Subahan Kamal hari ini telah dimaklumkan sendiri oleh YB. Haji Wan Roslan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah mendapat kelulusan Kerajaan Pusat bagi pembinaan dua padang hoki, di mana ianya akan disertakan di dalam pelan pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau, Kelantan, yang akan dibina menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan 2024.

KHM dalam pada itu turut berterima kasih kepada Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican atas hasil usaha beliau dalam memberikan sokongan penuh kepada badan induk sukan hoki di Malaysia ini bagi merealisasikan harapan peminat dan pecinta sukan hoki di Negeri Kelantan untuk memiliki padang hoki bertaraf antarabangsa.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: