Antarabangsa Pelbagai Semasa

Ragbi Asia batal semua pertandingan

IMG-20200803-WA0049

RAGBI Asia membuat keputusan membatalkan semua pertandingan yang dijadualkan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini susulan penularan pandemik Covid-19.

Keputusan tersebut dicapai menerusi perbincangan bersama antara Jawatankuasa Pertandingan, Jawatankuasa Kebajikan Pemain dan Perubatan serta pihak berkepentingan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Ragbi Dunia.

Pembatalan tersebut melalui proses perundingan komprehensif selain dialog bersama sebelum keputusan itu diumumkan pada 29 Julai lalu, rentetan penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

IMG-20200803-WA0048

Presiden Ragbi Asia, Qais Al Dhalai berkata, keputusan itu diambil untuk membantu melindungi masyarakat Ragbi Asia dan semua yang terlibat dalam sukan tersebut.

“Keputusan kami didasarkan pada maklum balas dari kumpulan kerja Jawatankuasa Persaingan dan Jawatankuasa Perubatan Asia Rugby Covid-19 yang telah mengikuti panduan yang ditetapkan oleh Ragbi Dunia mengenai kesesuaian untuk sukan ini kembali dipertandingkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Panitia Pertandingan Asanga Seneviratne berkata, di sebalik pembatalan itu, Ragbi Asia bagaimanapun akan terus fokus untuk menyampaikan format dan aktiviti pertandingan untuk tahun depan.

“Ragbi Asia akan terus bekerjasama penuh dengan pemegang taruh untuk memantau perkembangan semasa Covid-19,” katanya.

Sekurang-sekurangnya tujuh kejohanan bakal dianjurkan Ragbi Asia bermula Oktober hingga Disember tahun ini namun semuanya terpaksa dibatalkan termasuk Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 2.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: