SIAPA sangka, ada salah seorang pemain Real Madrid yang positif virus Covid-19.
Pemain dimaksudkan adalah Mariano Diaz, yang kini mengakui dirinya dalam keadaan baik.
Di tengah-tengah pandemik sekarang ini, kelab bola sepak Eropah rajin melakukan ujian Covid-19. Gergasi La Liga itu tidak terkecuali melakukan ujian secara berkala.
Ia sebagai persediaan untuk Los Blancos menghadapi Pusingan 16 Liga Juara-Juara bertemu Manchester City Ogos depan.
Berbalik kepada kisah Mariano, dia disahkan positif Covid-19 seperti dipetik laporan Marca.
Mariano Diaz dikuarantin di rumahnya dan kondisinya terus dipantau.
“Terima kasih Tuhan, saya sudah okay.
“Keluarga saya juga sihat saja dan sekarang saya berkurung di rumah,” kata pemain yang memegang passport Republik Dominica itu.
Mariano menjadi alternatif pilihan Zinedine Zidane untuk bahagian serangan Real Madrid. Sayangnya, musim ini dia baharu bermain lima kali di Liga Sepanyol.
“Terima kasih untuk doa yang selalu menyokong saya. Saya berharap boleh pulih secepat mungkin dan kembali bergabung dengan pasukan,” jelas pemain berusia 26 tahun tersebut.
Add Comment