Bola Sepak

KFA terima surat PFAM


Izham menyeru pemain lain yang masih mengalami masalah tunggakan gaji agar membuat laporan.

ISU tunggakan gaji pemain Kedah akan dibawa ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seandainya tiada persetujuan dicapai antara pemain dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menyelesaikan kemelut ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia(PFAM), Izham Ismail berkata, pihaknya kini sedang menjalankan proses komunikasi dengan KFA tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan untuk kebaikkan semua pihak.

“Kami telah menerima aduan dari 23 pemain tempatan dan juga import Kedah . Untuk pemain lain yang masih mengalami masalah tunggakan gaji, sila membuat laporan kepada PFAM  supaya PFAM boleh mengambil tindakan.

“Sekarang PFAM dalam proses komunikasi dengan Kedah, kami telah menghantar surat kepada KFA semalam, sekiranya tiada penyelesaian, kami akan bawa ke FAM untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya kepada CakapSukan sebentar tadi.

Untuk rekod, sebelum ini beberapa pemain tempatan dan import Kedah bertindak menyuarakan permasalahan mengenai tunggakan gaji yang dihadapi sehinggalah Presiden KFA baharu yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat kenyataan tidak akan menyelesaikan tunggakan gaji pemain menggunakan duit rakyat memandangkan tunggakan tersebut berlaku dibawah kepimpinan terdahulu.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d