
TERENGGANU FC kini giat mempersiapkan diri khususnya berdepan aksi pertama Liga Super menentang Petaling Jaya City FC yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos nanti.
Pasukan lawan yang rata-rata memiliki kelebihan fizikal sememangnya memberikan sedikit kesukaran buat Sang Penyu namun pengendalinya, Nafuzi Zain telah bersedia memghadapi situasi ini apabila merancang strategi bagi memastikan tiga mata diraih.
Jelasnya, anak didiknya kini dalam fasa persediaan untuk menghadapi perlawanan pertama Liga Super 2020 selepas dihentikan seketika susulan Pandemik Covid 19 dan kita bakal beraksi awal.
“Dijangka perlawanan akan kekal mengikut tarikh rangkaan asal iaitu pada 22 Ogos 2020 bertemu pasukan PJ City FC dan telah mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan pada awal bulan Ogos sebagai persiapan akhir pasukan sebelum liga bersambung disamping untuk melihatkan perkembangan kecergasan pemain bagi setiap perlawanan.
Add Comment