Bola Sepak

MU bakal temui PDRM FA, FUFC


 

Zainal Abidin mengharapkan dua aksi pemanas badan sebelum saingan kembali mampu mengembalikan prestasi dan persefahaman barisan pemainnya.
MELAKA United (MU) memulakan langkah awal dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2020 apabila bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) dan Felda United FC pertengahan Ogos nanti.
Dengan saingan Liga M yang bakal kembali bersambung 26 Ogos, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan pastinya mengharapkan aksi persahabatan ini mampu memperlihatkan kemampuan pemain selepas lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetetif.
Bagi Zainal Abidin, dua perlawanan dalam tempoh seminggu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menilai kemampuan pemain  mengadaptasi kombinasi taktikal yang diterapkan ketika dalam latihan sekurang-kurangnya 70 peratus.
“Daripada perlawanan persahabatan yang bakal dihadapi, dua aspek yang saya mahu lihat daripada para pemain antaranya ialah tahap kecergasan dalam perlawanan.
“Prestasi pemain dilihat makin meningkat tetapi kita perlukan lebih masa memandangkan telah bercuti lama tanpa sebarang aksi kompetitif sepanjang PKP.
“Untuk aksi persahabatan akan datang, kita bakal berdepan PDRM FA pada 8 Ogos diikuti Felda United FC pada 19 Ogos depan” tegasnya.
yang dipetik melalui FB Melaka United Soccer Association (MUSA).

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d