Antarabangsa Bola Sepak

Piala AFF ditunda tahun depan


IMG_20200729_011555

ANCAMAN Covid-19 yang melanda Asia Tenggara memaksa Jawatankuasa Kecemasan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) mencadangkan supaya saingan Piala AFF pada tahun ini ditunda pada tahun 2021.

Laman Twitter Asian Football melaporkan menerusi mesyuarat secara dalam talian yang dipengerusikan Presiden AFF, Khiev Sameth bersama Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan dan ahli jawatankuasa membincangkan sama ada Piala AFF 2020 dapat diteruskan seperti biasa susulan penularan Covid-19.

Berdasarkan penilaian terhadap situasi pandemik di negara-negara Asia Tenggara, jawatankuasa mengatakan keadaan akan tetap buruk hingga akhir tahun ini, sehingga acara itu tidak dapat berlangsung seperti yang dijadualkan.

Tuan bagaimanapun akui jadual sememangnya padat untuk kalendar antarabangsa pada tahun depan sekali gus beberapa perkara perlu diteliti sekiranya pertandingan itu mahu dianjurkan.

Mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 30 Julai.

Piala AFF, jika mengikut jadual asal akan berlangsung pada 23 November hingga 31 Disember depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading