Bola Sepak

Luqman sertai latihan Fasa 2 B19


PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama penjaga gol, Ahmad Irfan Ibrahim dari Terengganu FC dan  pemain tengah, Ziad Al Basheer Norhisham dari AMD B-17 antara tiga muka baharu dikalangan 35 pemain yang dipanggil mengikuti kem latihan pusat Fasa 2 bermula 3 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020 sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Daripada 35 pemain yang disenarikan pengendali B19 negara, Brad Maloney pada kali ini, seramai 26 pemain dari Fasa 1  dipanggil semula untuk fasa kedua ini termasuklah Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal .

Penjaga gol, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dari pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 yang dipanggil pada minggu terakhir kem latihan pusat Fasa 1 sebelum ini turut disenaraikan Maloney bagi kem latihan pusat Fasa 2 ini bersama-sama tiga pemain baharu iaitu penjaga gol, Ahmad Irfan Ibrahim dari Terengganu FC; pemain tengah, Ziad Al Basheer Norhisham dari AMD B-17 dan penyerang, Luqman Hakim Shamsudin dari Selangor.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d