
KEMPEN Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 berakhir dengan jayanya tengah malam tadi.
Walaupun pada mulanya heboh bakal dibatalkan gara-gara ancaman pandemik Covid-19, namun segala berjalan lancar dan menggembirakan seluruh peminat, pemain dan pihak penaja.
Seperti diketahui awal, Liverpool muncul juara EPL, menamatkan penantian 30 tahun selepas liga dijenamakan semula pada 1992/93.
Posisi kedua milik Manchester City yang akur melepaskan gelaran disandang mereka apabila sekadar memungut 81 mata daripada 38 perlawanan liga.
Pasukan Manchester United kembali ke pertandingan elit Eropah hasil kemenangan 2-0 ke atas Leicester City sekali gus memastikan satu tempat di zon Liga Juara-Juara musim 2020/2021.
Kekalahan Leicester itu menyebabkan kelab pimpinan Brendan Rodgers terpaksa bermain di kejohanan Liga Europa.
Dua jaringan Mason Mount dan Olivier Giroud membantu Chelsea mengakhiri kempen di tempat keempat dan mengesahkan ke Liga Juara-Juara.
Faktor perbezaan jaringan memisahkan Chelsea berada pasukan tiga terbaik walaupun mengutip 66 mata dengan The Red Devils.
Satu lagi pasukan yang terkenal dengan jolokan The Gunners, Arsenal menang 3-2 ke atas Watford tetapi tidak cukup mengubati kekecewaan penyokong tegar mereka yang meratapi kemerosotan sepanjang musim ini.
Uniknya, ada tiga jurulatih berbeza yang membimbing Arsenal musim ini !
#FaktaEPL
Juara: Liverpool
Layak Liga Juara-Juara: Liverpool, Man City, Manchester United, dan Chelsea
Layak Liga Europa: Leicester City dan Tottenham
*Wolves boleh layak ke Liga Europa, bergantung keputusan final Piala FA antara Arsenal vs Chelsea
Turun divisyen: Bournemouth, Watford, Norwich City





Add Comment