Antarabangsa Bola Sepak

Cardiff tenang hadapi aksi playoff


Screenshot_20200727_171426

PENGURUS Cardiff City, Neil Harris akui merindui para peminat setia mereka yang tidak dapat bersama sejak ancaman pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Wales.

Harris melontarkan kata-kata itu semasa sidang media menjelang aksi playoff separuh akhir pertama menentang Fulham, awal pagi esok.

“Kami akan merindui peminat, dan sudah pasti kedua-duanya (separuh akhir).

“Secara peribadi, laungan keramat penyokong akan didengari pemain dan menjadi kunci semangat.

“Saya banyak bercakap mengenai ketenangan dan fokus. Tidak terlalu memikirkan perkara yang boleh memberikan tekanan kepada pemain saya. Saya mahu mereka menikmatinya aksi playoff.

“Anda harus mendekati mereka seperti permainan cawan. Itulah sebabnya saya sangat menikmatinya. Ada sedikit perbezaan tanpa peminat Cardiff City.

“Kami menghadapi pertemuan ini sebagai pasukan underdog, iaitu menentang Fulham. Itulah sebabnya kami dapat menikmatinya dan bermain tanpa rasa takut,” kata Harris dalam laman rasmi kelab.

Jelas pengendali berusia 43 tahun itu, Fulham merupakan satu kelab yang sukar untuk ditentang, namun dia optimis mampu melakar kejutan.

“Fulham adalah tugas besar bagi kami untuk dua perlawanan. Satu sisi yang sangat bagus dan cabaran yang nyata.

“Kami bermain dengan baik secara individu dan kolektif. Saya sangat percaya,” katanya lagi.

The Bluebirds akan melayan kunjungan Fulham di ibu kota Wales tanpa aksi penonton.

Dia juga menambah, menduduki tempat kelima Liga Kejuaraan adalah pencapaian yang baik, tetapi ia bukan kejayaan yang mereka mahukan sebagai sasaran akhir.

“Tujuan akhir kami adalah memasuki final playoff dan meraih kemenangan,” ujarnya penuh bersemangat.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d