Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Malaysia dipilih hos Liga Juara-Juara Asia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FB_IMG_1595861013543FOTO : MFL

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2020 Zon Timur Kumpulan G & H bermula 17 Oktober hingga 1 November 2020.

Malaysia, dipilih hos Pusingan 16 yang akan menyaksikan pasukan dari kedua kumpulan bertanding pada 4 November 2020, dua perlawanan suku akhir pada 25 November 2020 dan satu perlawanan separuh akhir tiga hari kemudian.

Kumpulan G melibatkan pasukan Vissel Kobe (Jepun), JDT (Malaysia), Gyangzhou Evergrande (China) dan Suwon Bluewings (Korea Selatan).

Sementara Kumpulan H dihuni pasukan Yokohama F.Marinos (Jepun), Jeonbuk Hyundai (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan kelab China, Shanghai SIPG.

Menurut laman web The-AFC.com, semua perlawanan di peringkat kalah mati akan dimainkan dalam format satu perlawanan, manakala aksi final dijadualkan
diadakan di wilayah barat.

Venue untuk Kumpulan E dan F serta baki perlawanan peringkat kalah mati masih belum dapat disahkan.

AFC sebelum ini mengesahkan Qatar dipilih sebagai tuan rumah di zon barat, melibatkan perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: