FULHAM yang mendominasi perlawanan playoff separuh akhir pertama berjaya memastikan kemenangan penting 2-0 ke atas Cardiff City di Wales, sebentar tadi.
Dua jaringan pada babak kedua oleh Josh Onomah dan Neeskens Kebano memberikan kelebihan untuk mara ke Wembley pada Ogos depan.
Sedangkan, Cardiff City harus berkerja keras memadamkan defisit gol pada perlawanan kedua di Craven Cottage, Jumaat ini
Fulham, turun tanpa kelibat pemenang kasut emas Aleksandar Mitrovic, kelihatan kurang efektif sejak awal permainan sehinggalah gol pertama Onomah terhasil.
Tidak ada pasukan yang dapat mengatasi defisit dua gol untuk mara ke final playoff Liga Kejuaraan, namun Gary O’Neil percaya Fulham menjamin slot ke pusingan seterusnya.
“Ini merupakan tamparan hebat bagi Cardiff. Ketinggalan 1-0, anda berasa seperti masih dalam permainan, tetapi ketika itu (masa) berjalan, tugas anda menjadi lebih sukar dalam perlawanan kedua.
“Anda rasa hampir tidak dapat melakukannya. Ini akan memerlukan usaha besar dari Cardiff,” katanya kepada Sky Sports.
Sejarah mungkin mengalahkan mereka tetapi tidak bagi bos Cardiff, Neil Harris yang tetap yakin pasukannya masih mempunyai peluang.
“Kita harus membersihkan diri dan pergi lagi (menghadapi lawan) pada hari Jumaat. Kita memerlukan perubahan segera dan saya berkata kepada para pemain bahawa dalam separuh final playoff ini, kita tewas dan Fulham meraikannya di sini seperti mereka memenangi (layak ke Wembley).
“Kami akan berkunjung ke Craven Cottage dan harus positif. Gol pertama akan menjadi kunci. Kami menyaksikan Northampton melawan Cheltenham dalam playoff Liga Dua.
“Northampton membalikkan defisit dua gol dan terus menang di Wembley. Itu tidak bermaksud ia akan berlaku, tetapi kita harus pergi dan menang di Craven Cottage,” ujarnya optimis.
Add Comment