Antarabangsa Bola Sepak

‘Tunggu kebangkitan Cardiff Jumaat ini’

Screenshot_20200728_082719

CARDIFF City harus mengatasi defisit dua gol di Craven Cottage pada awal pagi Jumaat ini jika mereka ingin ke Wembley.

Kenyataan itu terbit susulan kekalahan 0-2 kepada Fulham pada perlawanan separuh akhir pertama playoff slot Liga Perdana Inggeris, di Wales awal pagi tadi.

Sambil menyatakan kekecewaannya dengan keputusan itu, Neil Harris menekankan bahawa masih ada banyak ruang dalam bola sepak yang harus dimanfaatkan.

“Pada 25 minit pertama, kami begitu cemerlang. Kami mengawal bola dengan sangat baik, tetapi kami juga harus memanfaatkan salah satu peluang yang ada.

“Dalam permainan playoff, ketika anda berada di puncak, anda harus mengambil peluang anda. Selepas jer waktu rehat untuk minum, Fulham menyesuaikan keadaan dan tampil lebih baik.

“Kami gagal dalam babak kedua. Mereka menekan lebih baik dan menyukarkan kami,” katanya menerusi laman rasmi kelab.

Fulham kini berkelebihan besar apabila kunjungan balas Cardiff akan diadakan di Craven Cottage, stadium kebanggaan tuan rumah.

Namun begitu, Harris enggan mengalah terlalu awal sebaliknya membakar semangat para pemain bahawa permainan bola sepak belum berakhir selagi tiupan wisel penamat belum dibunyikan.

“Ini adalah pertempuran yang sukar tetapi kita akan pergi ke sana dengan semangat. Kami telah dikalahkan berulang-ulang kali, dan kami kembali kuat.

“Kami perlukan perubahan cepat dan gol pertama akan menjadi kunci pada hari Jumaat. Dari segi mental, kami mempersiapkan diri dan telah pulih daripada kekalahan ini.

“Dengan azam para pemain dan semangat persahabatan yang kami miliki, kami mampu bangkit aksi seterusnya,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: