Permotoran

Onexox TKKR SAG Team mahu tarik diri ?


KEGAGALAN mendapatkan dana tajaan musim ini mungkin memaksa Onexox TKKR SAG Team menarik diri saingan perlumbaan
World Grand Prix (WGP).

Menurut Facebook Onexox TKKR SAG Team, sehingga kini usaha pasukan untuk menggantikan dana tajaan yang gagal baru-baru ini masih tidak berhasil.

Katanya lagi, dengan keadaan jentera yang semakin teruk dan untuk membeli chassis baru memerlukan dana tajaan yang dipersetujui sebelum ini.

“Ya, mungkin baru-baru ini ada berita mengenai XOX Berhad yang mempunyai pelabur baru tetapi proses ini ialah pada tahun 2021 dan segala proses ini akan berlaku selepas MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) atau sempadan negara dibuka untuk menyelesaikannya.

“Jika dalam masa 14 hari dari hari ini kami gagal mendapatkan dana, maka dengan berat hati kami terpaksa menarik diri dari WGP dan cuba berusaha dengan cara lain,” katanya yang dipetik hari ini.

Admin Facebook itu juga meminta maaf kepada semua penyokong dan peminat sukan permotoran negara dengan apa yang berlaku.

Musim ini pasukan itu membariskan Kasma Daniel Kasmayuddin dan Remy Gardner bagi mengibarkan cabaran bagi tahun 2020.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d