Antarabangsa Permotoran Terkini

Acara RCB Day 2026 meriah dihadiri hampir 3,000 komuniti dua roda


ACARA RCB DAY  2026 berlangsung meriah pada Ahad, 23 Ogos 2026 di Heritage Valley, Kuala Lumpur, dengan kehadiran dianggarkan melebihi 2,500 pengunjung yang terdiri daripada peminat motosikal, rakan niaga, pasukan lumba, penaja, pelumba negara serta komuniti permotoran.

Berlangsung dari 11.00 pagi hingga 10.00 malam, RCB Day 2026 menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran motosikal, zon hiburan, persembahan artis jemputan, persembahan silat dan cabutan bertuah, selain pelbagai aktiviti interaktif untuk para pengunjung.

Pengurus Jenama RCB, Amir Azizi Rahman berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung, penaja, rakan strategik, Pelumba-Pelumba Negara dan rakan-rakan Artis yang telah bersama-sama menjayakan RCB Day 2026.

“Kami amat gembira melihat begitu ramai pengguna yang menggunakan produk RCB dan penunggang motosikal hadir untuk memeriahkan acara ini.

“Sejujurnya, saya tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap sambutan RCB Day pada ini yang merupakan tahun pertama julung kali diadakan di Malaysia dan kehadiran amat menggalakkan.

“Melihat kepada sambutan positif tahun ini, kami berhasrat untuk menjadikan RCB Day sebagai acara tahunan dan berharap acara ini menjadi satu bentuk ‘give back’ serta penghargaan kepada komuniti, khususnya pengguna produk RCB yang sentiasa memberikan sokongan kepada jenama ini.

“Apa yang lebih membanggakan ialah kehadiran pelbagai jenis motosikal dan kumpulan yang bersatu sebagai satu komuniti, selaras dengan slogan RCB, ‘Different Ride, One Community’,” katanya,

Antara tarikan utama ialah Pameran Motosikal yang disertai hampir 40 buah motosikal, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian gaya, kreativiti dan minat dalam kalangan komuniti dua roda.

RCB Day 2026 turut mendapat sokongan daripada penaja utama termasuk Boon Siew Honda, Aveta, AFAZ, Suzuki, Pirelli, Windham Genting Highlands, RCB, UMA Racing, KYT dan Samurai.

Turut memberikan sokongan ialah rakan strategik yang membuka ruang pameran dan jualan sepanjang acara, antaranya TWMR, Sepang International Circuit (SIC), Hong Leong Yamaha, HS 55 Coffee, Ipone dan redONE Mobile.

RCB Day 2026 bukan sekadar acara untuk peminat motosikal dan komuniti dua roda, malah menjadi platform untuk menghimpunkan pelanggan, peminat, rakan niaga, pasukan lumba, pelumba serta pemain industri dalam suasana yang santai, meriah dan penuh semangat.

Sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 2,500 pengunjung membuktikan minat yang tinggi terhadap acara berasaskan komuniti serta jenama RCB.

Melihat kepada sambutan positif tahun ini, RCB menyasarkan agar RCB Day pada tahun hadapan dapat dianjurkan pada skala yang lebih besar, khususnya dengan penyertaan Pameran Motosikal yang lebih ramai, lebih banyak aktiviti komuniti serta hadiah yang lebih lumayan dan menarik.


Add Comment

Click here to post a comment