Antarabangsa Bola Sepak Terkini

‘Mana ada Messi ke Inter’

FB_IMG_1595729186140

SPEKULASI masa depan bintang Barcelona, Lionel Messi ke kelab Inter Milan adalah berita tidak benar.

Malahan, Antonio Conte selaku pengurus Inter musim ini ingin membuang sejauh mungkin khabar angin ini.

Media arus perdana Itali melaporkan Messi akan menyertai Serie A, yang mungkin mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus daripada Real Madrid.

Terdahulu, Messi yang kesal dengan pengurusan Blaugrana dikatakan sudah menghentikan perbincangan mengenai kontrak barunya dengan Barcelona. Kontrak sebenar pemain asal Argentina itu hanya akan berakhir tahun depan.

“Berita tentang Leo Messi ke Inter adalah palsu. Jangan percaya dengan berita palsu ini.

“Dia tidak bergabung dengan Inter, bahkan di fantasy football,” kata Conte selepas memimpin Inter mengalahkan Genoa 3-0, seperti dilapor Daily Star.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inter Milan, Beppe Marotta turut membantah khabar tersebut. Marotta menegaskan bahawa La Pulga tidak termasuk dalam pemain yang diintai Narazzuri.

“Ini fantasi dalam bola sepak. Dia jelas bukan salah satu sasaran kami dan saya fikir dia hanya tertarik untuk melanjutkan karier di Barcelona,” kata Marotta kepada Sky Sport Italia.

Messi sepanjang musim ini belum mendapatkan gelaran juara di Barcelona. Kelab yang dia ketuai gagal di Copa del Rey dan La Liga. Peluang terakhir yang ada untuk dimenangi Barca hanyalah Liga Juara-Juara.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: