Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Lampard menyesal, tapi enggan minta maaf

Screenshot_20200725_084121

PENGURUS Chelsea Frank Lampard mengakui menyesal terlibat perang mulut dengan Jurgen Klopp, namun tetap tidak mahu meminta maaf apa yang berlaku di tepi padang.

Chelsea berkunjung ke Anfield pada perlawanan ke-37 Liga Perdana Inggeris (EPL), menyaksikan Liverpool menang 5-3.

Namun ada satu isu menarik yang berlaku pada pertemuan tersebut. Lampard sempat memerli Klopp.

Lampard berang kerana pengadil menganggap pasukannya melakukan kekasaran dalam kawasan luar kotak penalti The Blues.

Dia pada mulanya terlibat pertengkaran dengan Pep Lijnders sebelum Klopp datang.

Kini, Lampard mengakui amat menyesal telah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada Klopp dan akan berhati-hati selepas ini, cumanya, tetap enggan meminta maaf.

“Sejujurnya, saya telah melihat videonya dan saya ada di sana. Perkataan yang saya gunakan, saya menyesalinya.

“Perkara ini banyak dimainkan di media sosial. Saya memiliki dua anak perempuan yang masih muda di media sosial, tetapi untuk membela pasukan saya, maka tidak ada (penyesalan),” ujarnya kepada Goal.

Sebelum itu, Lampard juga memberikan komen pedas selepas pertandingan. Dia mengatakan Liverpool memang juara EPL namun mereka tak perlu berlagak.

Namun, Lampard mengatakan masalah ini sudah berlalu. Bahkan, dia mengakui ingin minum bersama dengan Klopp untuk merayakan gelaran juara Liverpool.

“Saya ingin minum sekali dengan Klopp untuk turut serta kejayaan mereka.

“Ada perkara yang saya tidak gemar dari kawasan bangku simpanan mereka, bukan Klopp, tetapi (orang) di bangku simpanan mereka. Emosi sangat tinggi pada perlawanan ini,” ujarnya.

Setelah melawan Liverpool, Chelsea akan berhadapan dengan Wolverhampton aksi terakhir liga musim ini. Selepas itu, Lampard akan memimpin anak buahnya untuk pertemuan akhir Piala FA dengan Arsenal, Ogos depan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: