Bola Sepak Semasa

Pemain Kuching FA positif Covid-19

635A0EC6-1F34-4126-89ED-C280DF732992

PERSATUAN  Bola Sepak Kuching (Kuching FA) mengesahkan seorang pemain skuad Liga Premier kelab itu disahkan positif Covid-19, hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi Kuching FA di laman sosialnya, pemain berkenaan yang bertugas di Hospital Sentosa diklasifikasikan daripada Kluster Hospital Sentosa.

Jelas kenyataan itu, Kuching FA sentiasa menitik berat aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam mengendalikan latihan ketika ini.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan MFL dalam aktiviti latihan harian kami.

Ekoran perkembangan tersebut, pihak Kuching FA mengambil keputusan menghentikan sesi latihan pasukan buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan bagi membendung pandemik itu.

“Kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu sehingga mendapat panduan dan arahan dari pihak berkuasa demi keselamatan pemain-pemain dan masyarakat.

“Sama-sama kita mendoakan agar kesemua pemain dan staf kejurulatihan dijauhkan dari pandemik ini dan semoga pemain tersebut cepat sembuh,” kata kenyataan itu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: