Antarabangsa motorsport

Vettel nafi rundingan

Kontrak Vettel bersama Ferrari akan berakhir pada akhir musim ini.

SEMALAM kecoh seketika apabila Sebastian Vettel dikaitkan akan bergabung dengan pasukan Racing Point di Formula 1 tahun depan.

Pelumba kelahiran Jerman itu memberitahu, sehingga kini belum ada kata putus. Kontrak Vettel bersama Ferrari akan berakhir pada akhir musim ini.

Pasukan berasal Italia itu difahamkan akan memilih Carlos Sainz Jr sebagai penggantinya musim depan, untuk digandingkan bersama Charles Lecrec.

Pemilik Racing Point, Lawrence Stroll dilaporkan menawarkan Vettel untuk menjadi pelumba mereka musim depan.

Sekiranya berjaya direalisasikan, Vettel akan berlumba dibawah nama baru Racing Point mulai 2021, iaitu pasukan Aston Martin F1.

Juara dunia empat kali itu tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, perkara itu baharu di peringkat awal perbincangan dan bukannya rundingan.

“Semua orang bercakap mengenai Racing (Point), persembahan mereka cukup membanggakan. Tapi belum ada berita apa-apa soal masa depan saya. Semua pilihan masih terbuka; berhenti, bersara, atau menyertai pasukan lain. Saya tidak boleh membuat keputusan secepat mungkin,” kata Vettel kepada Sky Sports.

Jelas Vettel, berita perpindahan ke Racing Point hanyalah disensasikan.

“Seperti yang pernah saya cakap, kalau saya bercakap dengan Renault pun, tapi tak ada apa-apa. Tiada sebarang pengumuman,” ujarnya.

Katakan jika Vettel bergabung dengan Racing Point, dia akan menggugat posisi pelumba asal Mexico, Sergio Perez. Selepas tersebar khabar angin ini, Perez optimis dirinya akan kekal bersama pasukan.

“Saya bersama pasukan ketika ini dan apa yang difahamkan, saya masih ada kontrak di sini,” kata Perez, yang masih memiliki kontrak hingga 2022.

Tambahnya lagi, dia akan melihat apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

“Saya masih memiliki kontrak bersama Racing Point dan saya percaya dengan masa depan pasukan ini,” tegasnya

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: