Antarabangsa motorsport

Marquez terpantas

Marquez melakukan catatan terbaik 1 minit 37.350 saat.

KEPUTUSAN sesi latihan bebas hari pertama MotoGP Sepanyol 2020 memperlihatkan pelumba Honda, Marc Marquez, mencatat masa terpantas hari ini.

Bertempat di Litar Jerez, Sepanyol, Marquez melakukan catatan terbaik 1 minit 37.350 saat.Pelumba yang digelar Baby Alien itu merekodkan pada lap ke-18 daripada 21 percubaan pusingan yang dilakukan.

Ia kemudian diikutinya penunggang Yamaha, Maverick Vinales. Beza waktu antara keduanya agak rapat. Vinales cuma dibezakan 0.24 saat lebih lambat dibandingkan Marquez yang kali ini lebih cepat 0.443 saat daripada catatan terpantas Vinales saat ujian pada sesi kedua di Jerez pada tengah minggu ini.

Jaguh dari LCR Honda, Cal Crutchlow, berada di posisi ketiga. Catatan pelumba asal Inggeris itu hanya beza 0.088 saat di belakang Marquez atau tepatnya merekod 1 minit 37.438 saat untuk satu pusingan.

Kelompok 10 teratas memperlihatkan Andrea Dovizioso, Joan Mir, Jack Miller, Alex Rins, Pol Espargaro, Iker Lecuona, dan Brad Binder.

Rakan sepasukan sekaligus adik Marc Marquez, Alex, berada di posisi ke-16 latihan bebas pertama MotoGP Sepanyol 2020 1 minit 38,212 saat. Sementara itu, Valentino Rossi menghuni posisi ke-13 dengan catatan masa 1 minit 38.118 saat dan Fabio Quartararo di kedudukan ke-17 (1 minit 38.245 saat).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: