Antarabangsa Bola Sepak

Leeds United kembali ke EPL

LEEDS United berjaya dipromosikan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan berharga 1-0 ke atas Barnsley di Elland Road sekaligus bergelar juara Liga Kejuaraan (EFL) musim 2019/20.

Pasukan tangga kedua, West Bromwich Albion pula tewas 2-1 kepada Huddersfield Town aksi sebentar tadi.

Leeds United akan kembali dalam kancah elit Liga musim depan selepas menunggu 16 tahun gara-gara disingkirkan pada 2004.

Pasukan pimpinan Marcelo Bielsa itu mencipta kempen liga yang hebat, merakam rekod baru kelab dengan kutipan 87 mata, serta masih berbaki dua perlawanan dalam tangan.

Banyak detik manis yang tidak dapat dilupakan The Whites termasuk menang ke atas Bristol City pada perlawanan pembukaan dan sudah tentu kemenangan 5-4 ke atas pasukan terkenal, Birmingham City.

Satu lagi kejayaan jaringan kemenangan saat akhir Pablo Hernandez di Swansea City.

Terbaharu, mengalahkan Barnsley pada Khamis lalu merupakan rekod 26 menang di liga dan menjamin berada kekal di tangga teratas hingga habis musim.

#WeAreBack

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: