Antarabangsa Bola Sepak

Leeds United kembali warnai EPL

SELEPAS 16 tahun, kelab penuh sejarah tersendiri, Leeds United bakal kembali bermain di peringkat tertinggi di saingan bola sepak England.

Pasukan Marcelo Bielsa mengalahkan Barnsley 1-0 di Ellan Road, kelmarin dan memastikan tiket promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Whites dipastikan ke EPL walaupun masih berbaki dua perlawanan. Sekarang mereka berada di puncak liga dengan 87 mata, manakala pencabar terdekat West Brom mengekori dengan 82 mata.

Setelah kemenangan Leeds kelmarin, Bielsa menegaskan bahawa pasukannya tidak akan bergantung kepada keputusan antara West Brom atau Brentford.

Pengurus senior ini juga tidak mahu menonton pertandingan lawan terdekatnya.

“Tidak, kami selalu berfikir bahawa semuanya ada di tangan kami. Kami hanya memikirkan perlawanan berikutnya. Sehinggalah secara matematik situasinya sudah pasti, kami tidak akan berfikir soal promosi,” ujar Bielsa kepada Goal.

Kini, warga Argentina itu boleh bersantai. Leeds dijamin naik ke EPL sekaligus mengakhiri mimpi paling buruk mereka dalam musim-musim yang lalu.

Mereka hanya perlu satu lagi kemenangan sama ada ke atas Derby County atau Charlton untuk memastikan menjuarai Liga Kejuaraan secara sah musim ini.

 

Kejayaan Leeds ini adalah bukti kerja keras Bielsa. Musim lalu mereka menamatkan di kedudukan ketiga, nyaris layak ke EPL , tapi gagal di separuh akhir playoff.

Sebenarnya, Leeds alami kekalahan mengejutkan ketika kempen musim ini kembali bersambung selepas perintah berkurung.

Mereka kalah 0-2 di tangan Cardiff, hasil yang dianggap cukup mengecewakan pada waktu itu.

Begitupun, Leeds bangkit dan memenangi lima dari enam perlawanan berikutnya, termasuk kemenangan besar 5-0 atas Stoke City.

Sekarang dengan 26 kemenangan, Bielsa memimpin pasukannya untuk mengharungi musim baharu EPL yang melibatkan kelab terkenal dunia seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan banyak lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: