Antarabangsa Bola Sepak Semasa

‘Barcelona Terlalu Lemah’

 

Messi akui amat kecewa dengan persembahan Barcelona. 

LIONEL Messi mengakui Barcelona tidak cukup bagus untuk mempertahankan gelaran juara La Liga musim ini.

Malah, bintang Barcelona itu kesal apabila mereka tewas mengejut 1-2 kepada Osasuna dalam pertembungan di Camp Nou, awal pagi tadi.

Kekalahan ini mengakibatkan Real Madrid yang menang 2-1 atas Villarreal memastikan juara La Liga menjadi milik Los Blancos.

Persaingan Barcelona dan Madrid awal musim cukup menarik sehinggalah Blaugrana beberapa kali keciciran mata manakala Los Blancos konsisten merakamkan kemenangan.

Messi akui amat kecewa dengan persembahan Barcelona sejak akhir-akhir ini.

Malah katanya, jika tiada apa-apa perubahan, kapten Barcelona itu tak yakin pasukannya boleh pergi lebih jauh di Liga Juara-Juara.

“Saya beritahu anda, kalau kami terus seperti ini, kami tidak akan boleh pergi jauh di Liga Juara-Juara. Anda lihat, kami tidak cukup bagus untuk mempertahankan gelaran La Liga.

“Kami harus mengubah banyak perkara kalau ingin berjaya. Kami juga harus memperbetulkan diri sendiri. Kami kehilangan gelaran juara kerana salah diri kami sendiri.

“Sejujurnya, kami tak mahu berakhir dengan cara seperti ini, tapi pertandingan malam ini (awal pagi tadi) menunjukkan inilah prestasi kami secara keseluruhan. Kami terlalu lemah dan rapuh,” ujar Messi kepada Movistar.

Barcelona kini kekal di kedudukan kedua Liga Sepanyol dengan 79 mata. Sementara itu, Madrid yang mengesahkan kejuaraan mengutip 86 mata.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: