Antarabangsa Bola Sepak

Real Madrid Juara La Liga 2019/20

Barisan pemain Real Madrid meraikan kejayaan bergelar juara bagi musim 2019/20.

AWAL pagi tadi, Real Madrid mengesahkan juara La Liga 2019/20 dengan mengutip 86 mata dari 37 perlawanan

Kejayaan itu membolehkan Los Blancos juga berjaya mengatasi pencabar sepanjang zaman, Barcelona musim ini.

Pasukan Zinedine Zidane ini secara rasmi menjadi juara apabila mengalahkan Villarreal dengan jaringan 2-1 di Estadio Alfredo Di Stefano.

Pada masa yang sama, Barcelona tewas mengejut 1-2 kepada Osasuna di Camp Nou !

Kekalahan Barca itu sememangnya di luar jangkaan, meskipun ia sebenarnya tidak pun mengganggu fokus skuad Madrid.

Perlawanan berlangsung sukar, tekanan tinggi, tapi Madrid mampu bertahan dengan baik untuk mempertahankan kelebihan dua gol mereka ke atas pasukan pelawat.

Tidak ramai mempercayai Madrid akan menjuarai La Liga. Sebelum saingan bola sepak dihentikan sementara, Los Blancos masih mengejar Barcelona, yang berkelebihan dua mata di puncak liga.

Namun, Madrid kali ini tampil jauh lebih baik selepas pandemik Covid-19. Bermula dengan kemenangan atas Eibar, pasukan pimpinan Zidane itu terus mencatatkan 10 kemenangan berturut-turut dan akhirnya bergelar juara.

Prestasi konsisten Madrid ini juga dibantu aksi yoyo Barcelona, yang kehilangan mata penting apabila dalam perlawanan terdahulu sekadar meraih seri (tiga kali).

Trofi La Liga terlalu istimewa buat Madrid, khususnya Zinedine Zidane sebagai jurulatih. Ini adalah gelaran La Liga kedua yang dipersembahkan Zidane dalam beberapa tahun terakhir untuk kelab.

Pencapaian ini sekaligus masa terbaik Zidane untuk menutup mulut para pengkritiknya. Sudah berulang kali Zidane dikritik musim ini kerana menyenaraikan kesebelasan utama yang dinilai ‘aneh’, tapi sebenarnya terbukti mantap di gelanggang.

Berbeza dengan beberapa musim lalu, kali ini Zidane menjulang Madrid menjadi juara dengan kemantapan di barisan benteng pertahanan.

Dia memuji penampilan Sergio Ramos, yang menjadi salah satu kunci kejayaan Madrid musim ini.

Hala Madrid !!

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: