Antarabangsa Bola Sepak

Cardiff jamin slot playoff

 

Neil Harris ternyata memuji semangat juang barisan pemainnya untuk terus meraih kemenangan.

DUA jaringan gol daripada Junior Hoilett dan Lee Tomlin memastikan Cardiff City kekal di kedudukan enam teratas Liga Kejuaraan selepas menewaskan Derby Country 2-1  sambil mengukuhkan misi beraksi di slot playoff Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perlawanan di Wales itu menyaksikan Derby County cuba membuatkan Cardiff tercicir dua mata penting apabila mengikat kedudukan menerusi gol Jason Knight m-30 pada separuh masa pertama.

Hoilett sebelum itu meletakkan The Bluebirds di depan m-17 dan jaringan penting Tomlin pada babak kedua memastikan kemenangan mustahak diraih di gelanggang sendiri.

Kini Cardiff telah mengumpulkan 67 mata selepas 44 perlawanan Liga Kejuaraan dan akan bertemu Middlesbrough, Sabtu ini dan Hull City (23 Julai) dalam dua aksi terakhir. Pasukan tangga kedua, West Ham berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan dengan Fulham.

Sementara itu, Wigan merakam kemenangan terbesar dalam liga apabila membelasah 8-0 Hull yang berdepan risiko diturunkan divisyen bawahan.

Pendahulu liga, Leeds United hanya akan turun ke gelanggang pada tengah malam Jumaat ini menentang kelab tercorot, Barnsley.

Pengurus Cardiff City, Neil Harris dalam sidang media ada mengulas mengenai prestasi keseluruhan permainan menerusi live video dalam laman web rasmi kelab.

“Kami memberikan yang lebih baik dan memanfaatkan peluang yang dimiliki. Saya beritahu kami perlu dapatkan 70 mata. Saya tidak ubah pandangan.

“Saya beritahu pemain ambil pujian malam ini. Nikmatilah kerana kami telah mengalami dua kekalahan dan penting untuk bangkit semula.

“Kami melakukannya, tetapi hari Sabtu ini ada lagi perlawanan besar. Kami pergi ke Middlesbrough dengan satu pemikiran – iaitu untuk memenangi permainan bola sepak,” ujar Harris.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: