Bola Sepak Semasa

Wan Kuzri bersama pasukan esok

Kamarul Ariffin memaklumkan Wan Kuzri akan bersama pasukan esok.

KELIBAT pemain muda yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal  bersama rakan sepasukan dalam skuad B19 tahun akan disaksikan apabila pemain tersebut melaporkan diri dan menjalani latihan pertama di Wisma FAM, esok.

Pengurus pasukan B-19, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, pemain muda berkenaan yang dicanang mampu memberikan impak kepada pasukan sudah menjalani ujian calitan kali kedua hari ini.

“Saya ingin umumkan, esok Wan Kuzri akan bersama pasukan selepas menjalani proses kuarantin selama 14 hari. Insya-Allah dia akan jalani latihan buat kali pertama.

“Hari ini dia buat ujian calitan kedua dan saya dimaklumkan esok dia akan potong gelang kuarantin dan harap semua berjalan lancar,” katanya kepada media pada sesi latihan skuad B-19, hari ini.

Wan Kuzri yang juga adik kepada Wan Kuzain dilihat antara prospek utama skuad kebangsaan yang mampu memperkuatkan lagi skuad muda negara menghadapi Kejuaraan B-19 AFC di Uzbekistan, Oktober depan.

Sementara itu, jurulatih B19, Brad Maloney ternyata gembira dengan kebenaran corak latihan bersentuhan sebagaimana yang dibenarkan kerajaan selepas sembilan hari menjalani latihan tanpa sentuhan.

“Satu langkah positif yang mana kita boleh jalani latihan normal dengan kontak penuh yang sudah lama kita tunggu dan saya lihat pemain sangat dahagakan sesi latihan seperti ini.

“Kita dalam perbincangan mengenai perlawanan persahabatan dan tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini. Memang kita harap begitu tapi masih dalam perbincangan,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: