Antarabangsa Bola Sepak

Barca makin jauh

 

HAJAT Barcelona untuk memenangi La Liga musim ini nampaknya semakin rumit.

Apatah lagi, penyerangnya, Luis Suarez menilai bahawa kegagalan untuk menjuarai liga harus diletakkan pada diri sendiri.

Barcelona kini berada di tangga kedua La Liga dengan 79 mata dan ketinggalan empat mata dari Real Madrid di puncak yang mengumpul 83 mata.

“Anda harus kritik diri sendiri. Kami membiarkannya terlepas dari diri kami sendiri. Kami sedar itu semua bergantung pada diri kami sendiri dan tidak perlu mencari sebarang alasan.

“Sekarang, untuk kebanggaan kami dan untuk prestij Barca, kami harus memenangi dua perlawanan yang berbaki dan fokus sepenuhnya pada satu-satunya gelaran yang boleh kami rebut, iaitu Liga Juara-Juara,” kata Suarez kepada Mundo Deportivo.

La Liga 2019/2020 tinggal lagi dua perlawan dan Madrid akan dinobatkan sebagai juara jika mengalahkan Villarreal, Jumaat ini.

Barca sebenarnya memimpin liga berkelebihan dengan dua mata tetapi situasi berubah ketika pertandingan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Barca tiga kali mencatatkan keputusan dari sembilan aksi terakhir sedangkan Madrid menyapu bersih sembilan pertemuan terakhirnya dengan kemenangan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: