
PEMINAT MotoGP sudah tentu ikuti rapat perkembangan The Doctor yang khabarnya mengikat kontrak ‘1+1’ pada pengumuman yang dijangka pada hari ini.
Sejak minggu lalu, dunia pemotoran MotoGP memang diwarnai desas-desus bahawa Rossi sebenarnya dikatakan telah menandatangani kontrak dengan SRT.
Gosip berkaitan kontrak ini akan diumumkan sebentar lagi sebelum perlumbaan MotoGP Jerez, Sepanyol, pada 17 hingga 19 Julai nanti.
Sumber La Gazzetta dello Sport memaklumkan Rossi dan SRT bersepakat dengan ikatan kontrak ‘The Doctor’, iaitu kontrak setahun dengan opsyen semusim lagi pada 2022.
Opsyen itu boleh digunapakai jika dia terbukti masih kompetitif sepanjang 2021 dan memang mahu tetap berlumba pada 2022.
Add Comment