Ramos amat berharap merayakan gelaran ke-34 La Liga dalam sejarah Real Madrid.
REAL Madrid tinggal selangkah lagi untuk meraih gelaran juara La Liga 2019/2020.
Kapten Los Blancos, Sergio Ramos amat berharap merayakan gelaran ke-34 La Liga dalam sejarah Real Madrid pada hari Khmis atau Jumaat ini.
Ia susulan kemenangan berharga Real Madrid menang ke atas Granada pada perlawanan ke-36 La Liga, awal pagi tadi.
Bertanding di Estadio Nuevo Los Carmenes itu, Real Madrid menang dengan skor jaringan 1-2 untuk membuatkan tuan rumah gigit jari.
Dua gol Real Madrid tercipta pada separuh masa menerusi Ferland Mendy (m-10) dan gol kedua dari Karim Benzema (m-16).
Granada cuba memberikan perlawanan sengit babak kedua hasil jaringan Darwin Mahcis (m-50) tetapi tiada lagi jaringan mampu ditambah hingga tamat permainan.
Dengan baki dua perlawanan, Real Madrid hanya perlukan dua mata lagi untuk menjadi juara La Liga musim 2019/2020.
“Semoga kami boleh merayakan gelaran juara dengan bergaya pada hari Khamis,” kata Sergio Ramos dipetik Marca.
Real Madrid selangkah lagi juara. Namun, Sergio Ramos memberi peringatan kepada rakan-rakannya bahawa mereka belum meraih apa-apa lagi.
“Masih ada pertemuan melawan Villarreal yang perlu dimenangi untuk jadi juara.
“Kami belum memenangi apa-apa, meskipun anda dapat melihat rasa ‘lapar’ kami untuk liga. Semuanya ada di tangan kami dan masih ada mata untuk dikutip,” kata Sergio Ramos.
Add Comment