Bola Sepak Semasa

FAM ke arah kegemilangan

Pencapaian semasa dan perancangan seterusnya yang bakal dilaksanakan Hamidin bersama pengurusan FAM.

HARI ini genap dua tahun Datuk Hamidin Mohd Amin bergelar Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pada tahun pertama, Datuk Haji Hamidin memperkenalkan Pelancaran Misi dan Visi FAM iaitu Peta Hala Tuju F:30 yang merupakan perancangan 12 tahun FAM pada 31 Oktober 2018, disusuli perjumpaan dengan pemimpin gabungan secara serentak bertujuan melancarkan Inisiatif Presiden, Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE), diikuti pelancaran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 pada 17 Februari 2019 selain melancarkan piagam akar umbi yang dinamakan PIAGAM SUPARIMAU FAM pada 4 Mei 2019 dan DNA Bola Sepak Malaysia atau Cara Malaysia pada 9 Julai 2019.

Kesemua elemen yang diperkenalkan bertujuan memastikan pembangunan bola sepak dari segi tadbir urus di peringkat kebangsaan dan negeri serta kelab, kemajuan teknikal dan akar umbi serta pembangunan futsal berada di landasan yang betul ke arah merealisasikan F:30.

Tahun kedua pentadbiran FAM di bawah teraju Datuk Hamidin, badan induk bergerak pantas memastikan semua perancangan diberi perhatian sewajarnya sebelum berdepan cabaran wabak COVID-19.

TAHNIAH CakapSukan ucapkan buat Datuk Hamidin….

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: