Antarabangsa Bola Sepak

Sambutan hari lahir James suram

Kali terakhir James berada dalam skuad Real Madrid ketika mengalahkan Getafe 1-0 pada 5 Julai.

KEBIASAANNYA jika kita menyambut hari lahir akan berlangsung suasana penuh gemilang dan mungkin ada sepotong kek.

Tetapi tidak kepada pemain Real Madrid, James Rodriguez yang kelihatan agak suram.

Penulis sebenarnya bukan ingin bercerita mengenai tiada kek mahupun hadiah yang diterima James tetapi merujuk kepada persiapan Los Blancos menjelang pertemuan La Liga berdepan Granada, awal pagi nanti.

Nama James tidak tersenarai dalam senarai daftar skuad penuh 23 pemain di Stadium Los Carmenes seperti diumumkan pengurusnya, Zinedine Zidane.

Ini pasti menjadi kisah pahit hari kelahiran pemain asal Colombia itu yang menyambut hari ulang tahunnya yang ke-29 pada 12 Julai setiap tahun.

Zidane membawa lima pemain ke Granada, antaranya adalah Toni Kroos, Luka Modric, Casemiro, Fede Valverde, dan Isco.

Kali terakhir James berada dalam skuad Real Madrid ketika mengalahkan Getafe 1-0 pada 5 Julai, namun cuma sekadar duduk memanaskan bangku simpanan.

Sepanjang musim ini, James hanya bermain sebanyak 14 kali dan menjaringkan satu gol dan mencipta dua umpanan.

James pernah menerima hadiah ulang tahun yang sangat indah pada usia ke-24. Dia dinobatkan sebagai pemain terbaik di Piala Dunia 2014, sebuah kejohanan termasyhur yang membuatnya berpindah ke Los Blancos.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: