Bola Sepak

Tiada laluan mudah


Sebahagian pemain B19 menjalani latihan di Wisma FAM.

PENGENDALI skuad Kebangsaan Bawah 19 tahun (B-19) Brad Maloney menegaskan tiada keistimewaan atau jalan mudah diberikan kepada pemain untuk mendapat tempat kesebelasan utama  bagi Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Uzbekistan, pada 14 hingga 31 Oktober nanti.

Jelasnya, tiada sikap pilih kasih dalam pemilihan pemain walaupun terdapat beberapa pemain berpengkalan di luar negara dan berdarah campuran atau pemain yang mempunyai talian darah dengan rakyat Malaysia  dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

“Tiada keistimewaan diberikan kepada pemain dalam pasukan ini. Setiap orang perlu berjuang untuk mendapat tempat mereka. Bekerja keras dan buktikan anda layak untuk mendapat tempat di dalam pasukan ini.

” Wan Kuzri Wan Kamal ialah seorang pemain yang mempunyai kualiti kerana beraksi dalam pasukan senior di Amerika Syarikat, tetapi seperti yang pernah saya katakan, dia perlu bersaing untuk mendapatkan tempatnya dengan pemain lain,” katanya pada media pada sesi latihan skuad itu di Wisma FAM, di Kelana Jaya.

Zachry Raiff menyifatkan semua pemain memiliki peluang sama rata untuk merebut tempat.

 

Sementara itu, pemain kacukan Malaysia-England, Zachry Raiff Ghazie Yeoh berpendapat kesemua 35 pemain yang dipanggil pada sesi latihan perlu membuktikan kemampuan masing-masing untuk mengintai peluang beraksi di Uzbekistan, nanti.

“Kenyataan mengatakan bahawa pemain berdarah kacukan mempunyai peluang cerah mewakili  pasukan kebangsaan adalah tidak betul kerana jurulatih tidak bersikap pilih kasih kerana beliau melihat  prestasi kesemua pemain.

“Persaingan agak sengit, tapi saya akan bekerja keras untuk dapatkan tempat dalam skuad utama selepas gagal dalam percubaan pertama pada tahun lepas,” kata pemain yang beraksi dengan Brooke House Football Academy di England itu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading