
TOBY Alderweireld menjadi penentu kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, tengah malam tadi.
Dia akui, Spurs sentiasa bernasib baik dan ia dapat diterjemahkan dengan keputusan 2-1 di halaman sendiri.
Pada perlawanan berkenaan, The Gunners terlebih dahulu membuka tirai jaringan Alexandre Lacazette minit ke-16 sebelum
bangkit menerusi gol Son Heung-min (19′) dan Alderweireld (81′).
“Saya rasa ini luar biasa bagi kami. Saya memang berhasrat untuk memenangi perlawanan ini. Anda tentu tahu pertemuan ini sukar kerana tiada penyokong. Tapi saya kira kami telah melakukan segala-galanya.
“Kami memang bertuah meraih tiga mata. Perlawanan yang lepas kami kami hanya seri dengan Bournemouth. Hari ini kami menang,”
kata Alderweireld dipetik dalam BBC.
Keputusan itu membolehkan Tottenham menolak Arsenal di kedudukan kelapan yang mengumpul 52 mata. Mereka kini dibezakan dua mata berbanding pasukan The Gunners.
Add Comment