Antarabangsa Lain-Lain

Hamilton juara GP Styrian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

IMG_20200713_080804

PELUMBA Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan Formula 1, GP Styrian, malam tadi.

Ia adalah kemenangan pertama juara dunia enam kali itu musim ini. Hamilton bermula pada petak utama dan menguasai sehingga lap terakhir.

“Kami berdiri bersama pasukan hari ini dan kita dapat belajar dan berfikiran terbuka tentang apa yang sedang berlaku di dunia.

“Terima kasih kepada semua pasukan saya dan kepada anda #TeamLH, saya menghargai semua sokongan anda dan mesej positif anda,” kata Hamilton dalam ciapan di Twitter.

Sementara itu, rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas menamatkan saingan di kedudukan kedua manakala pelumba Aston Martin Red Bull Racing, Max Verstappen di tempat ketiga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: