Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Lampard kecewa

PENGURUS Chelsea, Frank Lampard, kurang senang dengan penampilan anak didiknya ketika mereka kalah kepada Sheffield United, dengan jaringan 3-0, awal pagi tadi.

Lampard menyebut punca The Blues tewas adalah kerana kesalahan individu pemain.

Beraksi di Bramall Lane, The Blues tenggelam dengan gol yang dihasilkan David McGoldrick (2) dan Oliver McBurnie.

Peliknya, dua perlawanan sebelumnya, Chelsea menyapu bersih enam mata kerika mengatasi Watford dan Crystal Palace.

Lelaki berusia 41 tahun itu menilai benteng pertahanan mereka sangat rapuh dan ada kesalahan yang terus-menerus dilakukan pemain dan itu membuatnya berasa kecewa.

“Gol itu amat mengecewakan, kesalahan individu. Jika anda melakukannya (ulang kesilapan), anda akan kalah ketika melawan pasukan yang bagus.

“Saya harus berhati-hati untuk tidak terlalu menganalisis perkara ini kerana kami perlukan keseluruhan musim sebelum membuat kesimpulan,” ujar Frank Lampard dalam laman rasmi kelab Chelsea selepas perlawanan.

Lampard berharap situasi buruk ini tidak berulang lagi pada tiga pertemuan akan datang.

Mereka harus berjuang untuk mendapatkan sasaran kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

“Kita masih dalam perlumbaan untuk empat terbaik ” tegas Lampard.

Chelsea masih berada di posisi ketiga liga dengan 60 mata. Akan tetapi, mereka diancam oleh Leicester City (59) dan Manchester United (58) yang belum bermain perlawanan minggu ke-35.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: